11 July 2014

Beli MHCrunchy Cookies PERCUMA smartphone

Biar betul ni!
Beli cookies je boleh dapat peluang menang smartphone PERCUMA?
Betul la dikk..


Buat tempahan terus sekarang,dan penghantaran akan dibuat selepas 17hb Julai 2014
Selain daripada ni,kita juga ada penambahan produk lagi.Khas untuk Aidilfitri yang akan menjelma.Tradisional punya pun ada tau ;)


Untuk bahulu dan juga dodol kita tak hasilkan banyak.Limited.Mana tahan dikk,dodol tu kita masak guna tangan,tak pakai mesin.Ni semua untuk jaga keaslian nya.Haa ;)
Penghantaran kami boleh uruskan.Sama ada melalui pos/kurier ataupun by hand.Terus depan rumah,dan kalau pintu tak kunci,kami hantar sampai dalam..kih3.

Untuk tempahan/pertanyaan,boleh hubungi kami.Nak whatsapp pun boleh

The Pelangi Bakers
017-8705309
Kamunting/Taiping

25 June 2014

Produk utama

Untuk permulaan,kami akan perkenalkan produk yang kami keluarkan.Produk utama pastinya Choc Chip Cookies,dan sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan dan Syawal, kami juga akan mengeluarkan beberapa jenis biskut yang lain.


Untuk hari raya kami akan hasilkan Almond Taiping dan juga Tat Nenas.

Untuk produk yang seterusnya akan kami update kemudian ya.

14 March 2014

My New Baby.. The Pelangi Bakers

In sya Allah, dengan izin Allah SWT, saya akan memulakan projek The Pelangi Bakers ini tidak lama lagi. Konsep yang sangat mudah.. WARNA WARNI dalam setiap manisan yang saya tawarkan.

MENGAPA PELANGI?

Semasa kecil dahulu, saya suka tengok pelangi.. saya yakin anda juga begitu. kalau tengok pelangi saja, kita akan gembira sambil berangan nak pegang pelangi ni kann..kann.. Jadi, saya ambil konsep warna warni ini untuk dihidangkan kepada anda.

Hidup ini perlu diberikan warna..baru ceria..baru gembira

Nantikan produk-produk dari THE PELANGI BAKERS

sayang anda

~AJR
thepelangibakers

8 Hari Telah Berlalu

sudah 8 hari pesawat MH370 menghilang dari radar. Kemana lah perginya 'dia'? Semenjak pagi Sabtu 8 Mac 2014, saya mengikuti rapat tentang perkembangan pesawat, penumpang dan anak kapal ini. Macam-macam berita panas, sedih, serius dan tak kurang juga yang agak 'khurafat' telah dibentangkan. Andaian, telahan, kajian dan macam-macam lagi telah saya dengar..tetapi..masih tidak ada berita.

Saya turut rasa kesedihan yang di alami keluarga penumpang & anak kapal. Saya masih berharap yang pesawat ini akan mendarat dengan selamat, tidak kira lah dimana juga 'dia' berada. Selagi tidak jumpa sebarang serpihan atau badan pesawat, selagi itulah saya yakin 'dia' masih selamat. In sya Allah..


MH370.. SATU DUNIA MENANTIMU..PULANGLAH

~AJR
thepelangi bakers